Isnin,01 September 2014

Penyokong bergaduh, 16 orang cedera

Kaherah: Pergaduhan antara penyokong dan penentang pemimpin parti Islam, Presiden Mohamed Morsi mencederakan 16 orang di bandar pelabuhan Iskandariah di utara negara itu.

Penganjur pergerakan pembangkang yang berkempen agar Morsi digulingkan berkata, kumpulan mereka diserang penyokong presiden malam kelmarin.


Khaled el-Qadi dan Shereef el-Gamal dari pergerakan Tamarod (pemberontak) berkata, serangan berlaku di daerah Abu Suleiman dan dua aktivis serta empat penduduk turut cedera. Pegawai Ikhwanul Muslimin, parti yang diketuai Morsi, Anas al-Qadi bagaimanapun, memberikan kenyataan berbeza. Dia berkata, enam anggota Ikhwanul Muslimin dan empat penjaga setor cedera dalam serangan oleh aktivis Tamarod. Pergaduhan itu berlaku beberapa jam selepas parti Islam itu meningkatkan ketegangan dengan menggesa demonstrasi dilakukan pada 21 Jun bagi menangani perhimpunan besar-besaran Tamarod yang dijadual akhir bulan ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
`