Gunung berapi Tangkuban Perahu meletus

Gunung berapi Tangkuban Perahu meletus



Gunung itu memuntahkan abu dan pasir gunung berapi dari dalam kawah utamanya. Ketua Pusat Bencana Valkanologi dan Geologi (PVMBG), Surono berkata, letusan yang berlaku menandakan kegiatan lahar gunung berapi naik setiap hari. Sama seperti letusan Isnin lalu, letusan semalam juga memuntahkan abu dan pasir gunung berapi.


“Letusan semalam lebih besar daripada yang berlaku pada 21 Februari lalu,” kata Surono ketika ditemui di pejabat PVMBG di Bandung. Berdasarkan rakaman video PVMBG, ketinggian letusan itu mencecah 500 meter dari kawah utamanya. - Kompas