Ahad, 20 April 2014

Setempat

  • Bakar bilik disiplin

    Bakar bilik disiplin

    00:04:15 AM

    Klang: Bilik disiplin sebuah sekolah menengah di Kapar di sini, hampir musnah dalam kebakaran sejurus individu tidak dikenali melontarkan satu objek ke arah premis berkenaan dipercayai bermotifkan khianat, semalam.

  • Dua mati panas lauk

    00:04:16 AM

    Kota Marudu: Hasrat seorang bapa untuk menyediakan sarapan buat keluarganya tidak kesampaian apabila dia ditemui rentung bersama seorang anaknya dalam kebakaran di Kampung Kirangawan, dekat sini, awal pagi semalam.

  • Mayat rentung atas katil

    00:04:15 AM

    Tamparuli: Seorang wanita ditemui rentung di dalam bilik dipercayai kerana terperangkap selepas rumah papan didiaminya di Kampung Bundung, dekat sini, musnah dalam kejadian kebakaran, kelmarin.

  • Mangsa belasahan tipu warden

    00:04:14 AM

    Sepang: Polis mengambil keterangan enam pelajar sebuah sekolah berasrama di Bandar Salak Tinggi di sini kelmarin, bagi membantu siasatan kejadian seorang pelajar sekolah itu retak tangan kanan dipercayai di belasah kumpulan pelajar itu.

  • Ibu bekal dadah anak

    00:04:14 AM

    Georgetown: Tindakan seorang ibu membeli dan menyerahkan bungkusan berisi dadah bernilai RM500 kepada anaknya sebaik zuriatnya itu selesai perbicaraan kes di galeri awam Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini, pagi kelmarin, membawa padah apabila perbuatannya disedari polis sebelum ditahan.

  • Guna alat tercanggih

    00:04:13 AM

    Perth: Bluefin-21 yang digunakan dalam pencarian dalam air untuk mengesan pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi dianggap sebagai kenderaan dalam air autonomi (AUV) terbaik bagi operasi seperti itu.

  • Tiada lagi bukti

    00:04:13 AM

    Perth: Masih tiada lagi bukti kukuh mengenai penerbangan MH370 ditemui daripada empat misi mencari dalam air kenderaan dalam air autonomi (AUV), Bluefin-21 di selatan Lautan Hindi sejak Isnin.

  • Pemimpin perlu latihan hadapi krisis

    00:04:12 AM

    Putrajaya: Insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berjaya dikendalikan dengan baik oleh kerajaan walaupun terdapat sedikit kelonggaran dalam beberapa aspek pada peringkat awal kejadian itu berlaku 8 Mac lalu.

  • Misi paling mahal

    00:04:13 AM

    Sydney: Pencarian MH370 akan menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia berikutan usaha mengesan di dasar Lautan Hindi tidak menunjukkan tanda ia akan diperlahankan.

  • 17 sampel negatif

    00:04:12 AM

    Putrajaya: Kementerian Kesihatan sudah mengambil 27 sampel di kalangan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Kampung Bintang Laut, Batu Pahat Johor termasuk anggota kesihatan berkaitan, yang mempunyai gejala Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

  • Rujuk terus pihak kesihatan Arab Saudi

    00:04:11 AM

    Kuala Lumpur: Kerajaan menggesa semua agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah di Makkah dan Madinah untuk terus merujuk kepada pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi sekiranya terdapat tanda Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di kalangan jemaah.

  • Tak usah panik

    00:04:11 AM

    Batu Pahat: Orang ramai diminta tidak panik berhubung situasi 64 penduduk Kampung Bintang di sini, yang diletakkan di bawah pemantauan di rumah masing-masing, berikutan mengalami tanda awal Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov).

  • Singgah empat ‘lokasi nostalgia’

    00:04:11 AM

    Georgetown: Empat lokasi akan dijadikan persinggahan pada upacara penghormatan terakhir buat mendiang Karpal Singh apabila mayat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu diarak 10 kilometer bermula dari kediamannya di Jalan Utama, Kebun Bunga ke Dewan Sri Pinang sebelum disemadikan Ahad ini.

  • Tiba-tiba minat warna putih

    00:04:10 AM

    Gua Musang: “Datin tiba-tiba mahu semua almari dan kabinet dapur rumahnya ditukar daripada warna hitam kepada putih, malah kerja penukaran warna itu perlu disiapkan sebelum dia ke Perak, petang semalam (kelmarin).

  • Masih ada yang sudi

    00:04:10 AM

    Kuala Lumpur: “Terima kasih sangat-sangat Harian Metro, ada juga orang ambil berat pasal kami, kami sangat gembira dan terharu,” kata Siti Zulaika Yusuf, 22, seorang daripada penghuni rumah kontena di Segambut, dekat sini.

  • ‘Berbalik kita kepada al-Quran’

    00:04:10 AM

    Seremban: “Sudah-sudahlah... janganlah kita sesama Islam berdebat isu yang tidak memenangkan ilmu, tetapi hanya memenangkan emosi.

  • ‘Menu serasi perut kami’

    00:04:09 AM

    London: Kota London adalah destinasi pertama bagi semua lapan penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 sebelum meneruskan perjalanan ke Iceland bagi menjalani latihan penyesuaian cuaca dan persiapan terakhir ke Greenland pada 23 April ini.

  • Iktiraf kepemimpinan sekolah

    00:04:09 AM

    Shah Alam: Warga pendidik khususnya guru besar diingatkan menguruskan sesebuah sekolah secara berkesan bagi menangani cabaran termasuk memastikan semua sumber di bawah kawalan mereka beroperasi dengan matlamat sama.

  • 803 terima darjah dan pingat kebesaran Perak

    00:04:08 AM

    Kuala Kangsar: Pengerusi Affin Holdings Berhad Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin mendahului senarai 803 penerima darjah dan pingat kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun ke-86 Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

  • HM menang foto terbaik

    00:04:08 AM

    Petaling Jaya: “Saya bersyukur kerana ruangan Spektrum di Harian Metro memberi peluang kepada kami jurugambar untuk berkarya,” kata Mohd Aizuddin Akmal Saad yang memenangi Anugerah Kewartawanan Esei Foto Cemerlang sempena Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2014 malam tadi.

  • Sesak nafas selamat nyawa

    00:04:08 AM

    Baling: Naluri seorang kakak yang terjaga daripada tidur kerana mengalami kesukaran bernafas menyelamatkannya bersama dua adik perempuan lain daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Pekan Lama, Pulai, di sini, awal pagi semalam.

  • Jiwa wayang Rahim Razali

    00:04:07 AM

    Melaka: Berkampung lebih seminggu di bandar raya ini dengan melakonkan watak bendahara dalam drama Takhta arahan pengarah terkenal Erma Fatima, nyata memberi kepuasan buat pelakon veteran Datuk Rahim Razali.

  • Keterangan mencukupi

    00:04:07 AM

    Putrajaya: Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan.

  • Waitankung bukan sembarang lembut

    00:04:06 AM

    Kuala Terengganu: Biasanya senaman di gimnasium atau joging di taman rekreasi menjadi pilihan ramai untuk mengekalkan kesihatan, tetapi sejak akhir-akhir ini senaman Waitankung kian diminati masyarakat Melayu biarpun ia sinonim dengan masyarakat Cina.

  • Masih kritikal

    00:04:06 AM

    Kuala Lumpur: Peningkatan taburan hujan di Selangor sejak awal bulan ini masih belum mencukupi untuk mengeluarkan negeri itu daripada krisis bekalan air yang bermula sejak awal tahun ini.

  • Kasih sawa

    00:04:06 AM

    Klang: Bermula dengan memelihara dua ekor ular sawa di rumah pada 14 tahun lalu, kini seorang pengumpul ular memiliki lebih 100 ekor daripada 14 spesies ular sawa.

  • Aksi berani mati

    00:04:05 AM

    Melaka: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) nekad terjun dari tingkat dua sebuah bangunan kedai apabila tapak pembinaan di Melaka Raya diserbu anggota Jabatan Imigresen, kelmarin.

  • Mudah percaya rakan punca jenayah

    00:04:05 AM

    Kuala Lumpur: Merasa terpinggir berikutan kesibukan ibu bapa dan pengaruh negatif rakan sebaya dilihat antara punca jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat saban tahun.

  • Cipta 264 formula matematik

    00:04:04 AM

    Tanjung Malim: Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana pusat pendidikan di negara ini, budak pintar matematik Adi Putra Abd Ghani, 15, mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.

  • Minta izin merompak

    00:04:04 AM

    Banting: “Minta maaf mak cik... kami hanya nak barang dalam rumah ini saja, tetapi kami takkan cederakan sesiapa.” Itu kata-kata seorang daripada enam lelaki bersenjatakan pedang samurai yang merompak rumah Siti Salmiah Sahlan, 54, dalam kejadian di Jalan Batu Tujuh, Sijangkang di sini, dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin.