Ahad, 19 Mei 2013

Foto Pilihan

Foto Menarik

SEEKOR buaya seberat 363 kilogram dan sepanjang 4.34 meter ditangkap semasa perburuan awam di Kawasan Pengurusan Hidupan Liar James E. Daughtrey berhampiran Cotulla, Texas, Amerika Syarikat. FOTO Reuters

Foto Menarik

GABUNGAN beberapa foto menunjukkan fesyen rambut David Beckham yang berbeza. Pemain Paris Saint Germain berusia 38 tahun ini mengesahkan persaraannya pada hujung musim ini. FOTO AP

Foto Menarik

MELAKA: Lebih 900 anggota termasuk pegawai dari Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan 10 Briged Para menyertai latihan bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang selepas sesi latihan pendaratan Amfibi Eksesais Belangkas siri 27/2013 di Pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. FOTO: Rasul Azli Samad

Foto Menarik

NURUL Azmatun Haziyah Hazlie, 7, mengucup gurunya Zulawati Mat Yassin sempena Hari Guru di Sekolah Raja Muda Seksyen 4 (Pendidikan Khas), Shah Alam. Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun, kali ini bertemakan 'Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda' FOTO Osman Adnan

Foto Menarik

KUALA LIPIS: Abdul Ghani Saamah, 59 yang baru pulang dari mengerjakan umrah maut selepas keretanya bertembung dengan lori membawa balak di kilometer 54, Jalan Lipis-Merapoh. FOTO: Shahrulnizam Mohamad

Setempat

Global

Arena

Selebriti

Ekspresi